Salam tuan Haniff Sofian & team TSOHO.

ALHAMDULILLAH tamat sudah contract marketing dengan Tsoho Marketing.

Ape yang boleh saya cakap servis T’soho memang TIP TOP & TERBAIK DARI LADANG!

Kalau dulu sebelum guna servis TSOHO, leads yang masuk agak slow, kadang-kadang tak ada langsung.

Sampaikan staff sales naik boring, handphone krik-krik je. Sales lagi la krik-krik. 🙁

Tapi, untuk tempoh 3 bulan ads Nurish yang T’soho run, staff sales saya sampai tak menang tangan layan whatsapp prospek setiap hari.

Sampai ke tengah malam duk buat sales lagi. 😀

Masa T’soho run ads, cost per leads pun murah. Memang berbaloi!

Ads yang T’soho run pun memang nampak premium, kat situ pun T’soho dah position-kan produk ni produk premium. Terbaik!

So sekarang lepas dah tak sambung contract, saya masih lagi pakai post tu untuk run ads. Alhamdulillah leads masuk boleh tahan, cuma tak selaju dulu sebab saya kurangkan bajet.

Overall, ni servis marketing paling cun melecun pernah saya ambil!

TQ & Keep it up guys!
Orang utara ROCK BAQ HANG!

Irwan Shah

CEO, Nurish Skin Care

“Tinggal sehari lagi, dah habis training. Pejam celik dah genap sebulam kami training di T’soho Marketing. Banyak ilmu baru yang kami pelajari dari Tuan Haniff Sofian. Mula-mula datang training macam budak baru masuk sekolah pra. Kena ajar macam-macam. Kalau macam saya ini memang buta IT. Buat page tak tahu, buat iklan lagi lah tunggang terbalik.

Kalau ingat balik memang lucu, hari pertama masuk training. FB log out. Lupa pula password. Kena buat balik FB yang sekarang ini saya guna FB baru. Bukan senang nak guna FB baru. Friends kena add balik. Group pun kena request balik. Macam-macam jadi dalam sebulan.

Yang paling lucu, Tuan Hanif suruh buat satu story pasal iklan. Bila dah buat macam drama melayu tv3 macam novel pula.

Tapi sekarang, saya bersyukur sangat. Buat page dah reti. Iklan pun okay FB ads dah reti buat. Tak sia-sia belajar dari Tuan Haniff Sofian.”

Nur Shaallia

CMO, Mahligai Idaman Kalbu

“Assalamualaikum. 1st saya boleh komen SANGAT LUAR BIASA. Sebab saya student yang baru belajar bahagia online ini. Walaupun saya dah buka kedai hampir 3 tahun dan cuba buat online hampir 3 tahun juga tapi TIDAK MENJADI.

Selepas berbekal sedikit semangat dan support dari suami saya try contact Tuan Haniff. Selepas ikut kelas sehari buat praktikal copywriting dan fb ads. WOW! Memang di luar jangkaan. Apa yang saya boleh kata sampai saat saya bagi feedback ni. Saya belum sempat praktik full ilmu yang Tuan Haniff ajar. TAK sempat nak balas! Desup-desup masuk. Syukur alhamdulillah.

Saya sangat berharap dapat praktik semua dan dapat tingkatkan sale. Mau tak excited dulu nak dapat 1 pm pun senget! Now ber pm pm masuk. Tak sempat!”

Ummul Hana Elh

Founder, ELLaura Hana

“So far sangat-sangat puas hati & happy dengan service tuan dan T’soho Marketing. Terbaik.”

Sis Elmira

Founder, ELLaura Hana

“Alhamdulillah setakat ini nombor banyak sangat. Yang tak reply pun banyak. Cuma closing tak power lagi. Kena belajar lagi. Ramai nak tunggu hujung bulan. Nanti follow-up balik. Terima kasih ya.”

Hanisah Bahador

Stokis, Slimme White