Seusai bergambar hari raya bersama pasukan #tsohomarketing semalam.

Jefri memulakan perbualan. Dengan penuh kerisauan.

“Encik,kenapa saya tengok encik happy dan seronok je. Sale kita tengah drop ni. Bulan ni sale menurun dan dah dekat 10 akaun #facebookads telah arwah fb disabled kan. Bagaimanakah harus kita buat?”

Aditya membalas.

“Anak muda, siapa kata saya tak risau? Saya memang risau,kalau sale tiada, bagaimana harus syarikat berkembang? Tetapi kenapa perlu risau sangat,kita masih ada database yang lepas, kita followup, bagi harga special lagi sempena raya.”

 

“Kita masih ada grup-grup komuniti,grup yang berpuluh malah beratus ribu manusia dalam grup tu,kenapa kita tidak promote kat situ juga?”

 

“Tapi nak promote kat situ bukan cerita panjang2 seperti copywriting iklan jualan.”

 

Cukup tanya siapa yang ada masalah dan kongsikan manfaat produk terlibat.” ujar bos nya Aditya Naufal Dary Abiyyu dengan penuh kewibawaan. Sesuai dengan maksud namanya yang bermaksud “Pemuda tampan yang arif bijaksana dan mulia jiwanya sehingga kelak dapat menjadi pemimpin”

Aditya menambah lagi.

“Saya sebelum ada syarikat,sebelum ada pasukan ,sebelum bermain ‘paid marketing’ seperti fb ads dan sebagainya. Saya fokus dan konsisten posting di dalam grup-grup yang ada. Saya fokus pada wall personal dengan cerita cerita yang menarik org untuk mencuba.”

 

“Iya memang kualiti prospek tak sebaik dari paid marketing,tapi percayalah rezeki tak pernah salah alamat. Jadikan apa yang berlaku sebagai cabaran kita untuk dapatkan lebih lagi.”

Jefri menganguk faham. Kini dia sedar dan insaf,bahawa tak semestinya kena buat fb ads sahaja untuk dapatkan duit. Banyak lagi medium lain yang boleh digunakan.

Jefri menulis satu persatu pesanan dari mentornya Aditya.

1) Promote dalam grup dengan menggunakan ayat tanya seperti.

“Siapa yang nak turunkan berat badannya 10kg dalam masa 2 bulan,sila komen 10kg.”

2) Gunakan gambar yang jelas menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas. Dan letakkan no phone di gambar dan ayat pertanyaan kita.

3) Followup database,lead yang sudah membeli berikan harga diskaun untuk repeat order. Dan followup yang belum membeli berikan nilai lebih dari sebelum ini. Kalau ada 1000 database,yang beli 100 org sudah memadai.

4) Konsisten dan istiqamah. Kalau poslaju dah stop ambil barang,cari customer dekat dan COD.

5) Ayat yang digunakan tiada respon, tukar dan tukar sehingga orang memberi respon. Bukan gunakan ayat yang sama sahaja.

6) Balik rumah cium anak bini, syukur yang kita masih ada mereka semua bersama kita, turun naik biar bersama.

Bergegar tulang paha Jefri bila ditenung nota ditangannya, rupa-rupanya banyak lagi yang dia tak nampak, asyik fokus kepada paid marketing sehingga melupakan yang ada free. Asyik sibuk bekerja dan berniaga sehingga lupa anak dan isteri.

Jefri balik dengan perasaan girang, untuk dikongsikan juga kepada isterinya Mira Edora Exora yang masih kepenatan kerana baru lepas bersalin sebentar tadi. Beliau sangat gembira kerana dapat sesuatu yang baru harini dan menatap anak perempuan nya yang comel itu menjadikan ia sebak namun tiba-tiba air muka berubah kerana Jefri teringat, puasa beliau akan bertambah lagi 100 hari.

“Hmmmmmmm” Jefri merenung meja dihadapannya yang gersang.

Bersambung….

CEO & founder T’soho Marketing