5 Cara Mencipta Pasukan Yang Mantap

Membina pasukan adalah salah satu isi penting dalam mencipta kejayaan terutamanya dalam perniagaan. Tapi untuk mencipta pasukan yang mantap bukan semudah order ABC di gerai berhampiran. Ia perlukan rancangan dan usaha yang berterusan.

Ada yang akan datang sehari dua mencuba untuk menjadi otak yang kreatif, tapi keluar begitu sahaja kerana tak sanggup menghadapi keadaan otak-otak yang diperah untuk kejayaan. Dari tahun lepas membina pasukan dah banyak yang saya terima , masuk dan berlalu pergi dalam mencari yang terbaik.

Saya nak share sedikit apa yang perlu dan saya terapkan dan akan buat untuk membina kekuatan pasukan. Harap sudi baca , like dan share.

 

1) Kenal Kekuatan Pasukan

Kita sebagai ketua mesti kenal pasti, kekuatan dan apa kelebihan setiap individu.

Pastikan mereka tahu apa kekuatan sendiri, walau dibahagian yang sama, contohnya bahagian ‘war’ team atau pun ‘sale’.

Ada yang boleh closing produk kesihatan, ada yang bijak closing produk kecantikan, ada yang boleh buat copywriting, ada yang tak boleh, jadi kita aturkan ikut kebolehan .

Tak perlu paksa, cukup kita uji dan uji supaya mereka nanti akan boleh buat dengan kebolehan yang bijaksana.

 

2) Pilih manusia yang tepat

Untuk memastikan kita mempunyai pasukan yang mantap, kita perlu pilih orang yang tepat, walaupun ketika “interview’ kita sangat kagum dan teruja dengan prestasi dan kebolehan calon, tapi ada juga bila di ruang tugas yang sebenar, langsung tak bermaya dan tak mahu berusaha.

Semua tunggu suap sahaja. Maka lebih baik kita buang awal2, dari terus melarat merosakkan jatidiri pasukan kita.Pilih mereka yang mampu memberikan keupayaan yang lebih dari apa yang kita nak.

 

3) Delegate

Bila sudah memilih pasukan, berikan visi dan misi, apa yang kita nak , pecahkan kuasa mengikut turutan dan tugas.

“Delegate” tugas mengikut kebolehan dan kepakaran. Samaada pengurusan, akaun, grafik , facebook ads, copywriter dan sebagainya.

Untuk berjaya bukan semuanya kita perlu buat, untuk permulaan itu ya, tapi untuk meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih baik dan berbeza dari sebelum ini, maka “delegate’ ini adalah terpenting.

Tak perlu takut dan risau mampu atau tidak bayar mereka, tapi takutlah jika bisnes kita tak boleh berkembang.

Bila kita mencari orang untuk pasukan, tetapkan terus apa ,dan berapa mereka kena buat untuk syarikat, maka secara automatik kita mampu dan insyaAllah akan memperoleh rezeki yang lebih lagi kerana banyak berkongsi. Margin makin kecil tak mengapa tapi berkembang!

 

4. Pantau proses

Sebagai ketua atau CEO kita mesti sentiasa pantau dan pastikan mereka mengikut apa yang kita tetapkan, mengikut SOP atau standard operating procedure.

Cari seorang “leader” antara mereka yang boleh pastikan potensi setiap seorang boleh dipecut ke peringkat kemuncak. Berikan task dan ujian kepada mereka untuk mereka buat dan selesaikan dalam masa2 tertentu dari situ kita akan nampak mereka boleh buat atau tidak.

Cipta keyakinan yang sebelum ini mereka langsung tiada. Insyaallah pasti lebih bergaya.

 

5. You happy, i am happy.

Bila pasukan mencapai sesuatu kejayaan atau capai sasaran yang ditetapkan walau pun kadang2 sedikit atau tak seperti orang lain, namun sudah lebih dari sebelum ini.

Tak salah kita ambil ruang untuk sambut dan bersama dengan pasukan. Belanja makan, main pingpong atau berenang bersama sudah memadai untuk memekatkan lagi perasaan kasih sayang mereka kepada syarikat nanti.

Ucapkan terima kasih pada weekly or monthly meeting beritahu berapa bertuahnya kita dpat pasukan yang ada.

Sekian sahaja, saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang berlaku dan dibuat dan akan dibuat nanti insyaAllah. Yang penting sekali kita berusaha terus fokus kearah kejayaan, jangan pedulikan aura2 negatif disamping kita.

Doakan kejayaan kami wahai sahabat semua,gomo kelate gomo!

CEO & founder T’soho Marketing