Peluang Kerjaya di T’soho

1. PASUKAN JUALAN

Kriteria diperlukan

  • Lelaki dan perempuan berumur 20-30 tahun.
  • Mempunyai keyakinan dan ketangkasan yang tinggi.
  • Rasa diri sangat kacak dan cantik.
  • Boleh ikut SOP dan peraturan yang disediakan.
  • Mempunyai otak yang segar dan penuh dengan idea.
  • Mempunyai laptop sendiri.

Kepakaran yang perlu ada

  1. Guna call, WhatsApp, Facebook , Instagram dan media sosial.
  2. Boleh menaip dan pandai mengarang ayat cinta.
  3. Pandai bercakap dan menjual.

Tugas kerja yang perlu dibuat.

  1. Melayan pelanggan secara online sama ada melalui call, WhatsApp, Facebook dan lain-lain.
  2. Melaporkan data yang diperlukan setiap hari.
  3. Memastikan target jualan dicapai.
  4. Niat membantu ibu bapa dan berikan lebih kesenangan.

Faedah bersama T’soho

  1. Syarikat yang sedang memecut tinggi kearah kejayaan.
  2. Bonus harian, bulanan.
  3. Komisen yang tinggi dan mengiurkan.
  4. Akan diajar seni sebenar berniaga, memahami untung rugi dan mengembangkan bisnes
  5. Bos yang kacak, sporting dan mendebarkan.
  6. Boleh makan sedap dan bercuti penuh kegembiraan.
  7. Elaun pengangkutan.
  8. Medical card, insuran pada yang layak.
  9. Handphone dan data akan diberikan untuk membuat jualan.
  10. Nak gaji berapa? Boleh request sendiri, yang penting capai target.

Gaji basic, komisen semua boleh bincang.

Hantarkan resume beserta gambar terkini beserta cover letter, kenapa dan mengapa anda patut menjadi pasukan kami!


 

2. HUMAN RESOURCE EXECUTIVE

Kriteria diperlukan

  1. Pengalaman 3 tahun ke atas.
  2. Lelaki perempuan berumur 25 -35 tahun ke atas.
  3. Fasih berbahasa English, Melayu dan yakin di atas pentas.
  4. Mempunyai pengetahuan mendalam mengenai akta buruh, pengurusan, temuduga, SOP dan sebagainya
  5. Pengalaman berhubung terus dengan jabatan-jabatan yang terlibat.

Kepakaran yang perlu ada

  1. Menaip dengan laju.
  2. Menyiapkan report dengan sempurna.
  3. Melaporkan apa yang berlaku di syarikat terus kepada CEO.
  4. Menjadi penyelesai masalah yang berlaku di pejabat.
  5. Boleh menetapkan, mengubah dan menambah SOP syarikat yang dirasakan perlu.

Tugas kerja yang perlu dibuat

  1. Laporan bulanan.
  2. Proses temuduga, pemilihan dan pemberhentian pekerja bila perlu.
  3. Menjadi pekerja yang amanah, menjaga harta syarikat dan tugas
  4. Kiraan gaji, komisen, pengurusan dan apa saja yang berkaitan.
  5. Menjadi leader yang baik di syarikat.

Faedah bersama T’soho

  1. Elaun kehadiran.
  2. Elaun pengangkutan.
  3. Bonus Bulanan.
  4. Medikal kad , insuran jika layak.
  5. Suasana kerja yang seronok.
  6. Trip dan makan sedap.

Yang penting datang kerja dan buat kerja dengan baik, InsyaAllah banyak lagi kita boleh sediakan.

Hantarkan resume beserta gambar terkini beserta cover letter, kenapa dan mengapa anda patut menjadi pasukan kami!

Cawangan Kota Bharu, Kelantan: interviewkb@tsohomarketing.com
Cawangan Sungai Petani, Kedah: interviewsp@tsohomarketing.com