Ini bukan gula-gula, tapi fakta sebenar. Boleh baca untuk rekod dan kajian anda.

Jualan Bulan Disember 2016 yang lepas kita mencatatkan kejayaan jualan 1946 unit secara runcit terus kepada end user. Kadar ROI juga meningkat lebih baik dari bulan 11.

Namun apakah kos nya?

Kos fb ads sahaja adalah sebanyak RM38,278.

Kos produk sahaja adalah RM54,404.

Kos gaji, komisen, epf socso adalah RM24,522.55.

Kos sewa, bil api, air, unifi adalah RM2053.44.

Kos poslaju ialah RM6753.80.

TOTAL KOS RM126,010.99.

Aduh banyaknya kos, untung ke rugi ini?

Jawapan saya adalah alhamdulillah untung, lebih baik dari bulan November lagi. Dari kajian saya, peratus untung bersih bila kita berniaga dengan team perang sendiri ialah dalam 30-35%.

Jika kita sekadar mengharapkan stokis, ejen, kadar keuntungan adalah 15-20%, malah mungkin lagi rendah. Walaupun jualannya tinggi.
Contoh.

Jualan RM200,000 X 30% = RM60,000 ( Team perang)
Jualan RM200,000 X 20% = RM40,000 (Ejen Stokis)

“Tapi tuan, saya mana ada duit ratus ribu nak buat semua ni. Bagaimanakah harus ku lakukan?”

Jawapan saya ialah: Janganlah tunggu ada seratus ribu dulu baru nak buat, mulakan sekarang. Ada seribu buat cara seribu.

Yang paling penting jaga ROI. Bukan semata-mata fikirkan untung.

Jika kita mahu belanjakan RM1000 untuk iklan, kita pastikan boleh dapat balik RM4000 sekurang-kurangnya.

Jangan asyik fikir berapa banyak boleh untung untuk satu unit, tapi fikir berapa kita boleh untung dengan seorang customer.

Jika harga produk RM100 seunit, margin RM50 satu, tak salah pun kita jual 2 unit margin jadi RM30 unit pula satu, yang penting pelanggan beli 2, 3 unit. Maka kadar keuntungan setiap pelanggan meningkat, daripada sekadar RM50 seorang, kita boleh tingkatkan jadi RM120 seorang.

Secara tak langsung kita dapat merendahkan kos jualan kita. Bila duit dah makin ada, mula langkah demi langkah untuk besarkan kos iklan, tambah ilmu copywriting, dan closing supaya lebih mantap.

“Nak buat langkah mana satu sifu? Team perang atau ejen stokis? Saya mana ada duit marketing puluh ribu, ratus ribu, dah habis dah duit buat produk ni, tolong lah saya, sob sob sob. :(“

Jawapan saya:

Pilih yang mana boleh membantu kita, dan boleh memberikan kita potensi untuk bisnes lebih bertahan lama.

Penat-penat bina produk, habis duit untuk marketing, tiba-tiba rosak disebabkan permainan harga dan isu isu lain, tak guna pun. Bisnes sekadar boleh setahun dua.

Sekarang sudah ramai yang ada team perang sendiri, kadang-kadang produk pun ada yang tiada, jadi anda sebagai pemilik bisnes boleh cari mereka, bincang harga yang sesuai untuk mereka jual dan harga tolak kepada mereka. Kan seronok bila bisnes kita bersama-sama menuju keperingkat lebih tinggi.

Kalau rasa nak buat sistem ejen stokis, dipersilakan, saya percaya anda juga antara ejen stokis produk org lain juga, cuma pastikan adakah anda sudah berjaya dengan produk orang sebelum menjadi owner produk sendiri ? Kena hati-hati juga, takut tak menjadi.

Jika nak fokus sistem ejen stokis, fokus kepada pengembangan bisnes mereka, ganjaran yang perlu diberikan dan hubungan baik antara ejen stokis, banyakkan sharing yang baik, dan bersedia untuk kehilangan mereka bila mereka sudah berada di tahap lebih tinggi.

Kalau baru nak bermula macam saya ni, saya lebih suka bina team sendiri, ada pasukan, ajar ajar dan ajar, insyaAllah ada lebih ganjaran, untung juga lebih tinggi dan kita banyak benda boleh belajar dan modal untuk kembangkan bisnes ke peringkat lebih tinggi.

Selepas itu baru kita fikir dan setup produk khas untuk sistem ejen dan stokis pula.
itu sahaja, nak borak panjang-panjang, nanti korang bukan baca. Selamat membaca dan mencuba. Jangan lupa share!

#tsohomarketing

CEO & founder T’soho Marketing