Kepada rakan-rakan, warga senior yang baru dapat #VSS tolong jangan terus berbisnes kerana ada duit, tolong dan tolong.

Dalam konsep perniagaan sebenar, fakta utama berbisnes bukan sebab ada duit, kena ingat tu.
Saya tak sanggup untuk mendengar luahan hati kecewa sedih kerana terbakar tangan begitu saja. Akhirnya tersadai kecewa. Asal datang jumpa saya bawa cerita sedih, menangis, ingat jumpa nak tanya pasal bisnes, sekali jadi jejak kasih pula. 🙁

Baru dapat RM30,000 dah beria nak buat produk, konon-konon boleh untung banyak, produk pun tak kenal lagi apa USP, apa UVP, siapa akan beli, target audience dan sebagainya.

Bila dah buat, tak boleh nak jual, buka pada ejen pula, baru terfikir tak mengapa untung sikit, janji dapat modal, tapi orang ramai pun tak berminat nak jadi ejen bila “security” sebagai ejen itu tiada.

Akhirnya kita yang buat produk, kita yang jual, kita yang main harga, kita yang jadi gila.

 

Jadi bagaimana saya nak manfaatkan VSS RM30,000?

Mari saya nak ajar. Ikut sampai hadam dan buat betul-betul.

 

1) Belajar dan buang ego dahulu. (Kos RM1000)

Ambil RM1000, pergi cari guru, mentor, masuk seminar, kursus belajar dengan yang lebih pakar dan lebih tahu, yang sudah ada pengalaman jatuh bangunnya.

Belanja makan kawan-kawan yang pakar dan lebih power dalam bidang yang kita nak ceburi. Bawa mereka makan tempat mahal-mahal, minta mereka sharing dan kongsikan apa yang mereka tahu.

✔Nak buka kedai makan, tanya dan cari yang sudah ada bisnes kedai makan.
✔Nak buka spa, tanya dan cari yang sudah ada bisnes spa.
✔Nak buat bisnes online, tanya cari sifu-sifu bisnes online.

Jangan nak buka kedai makan, pergi jumpa yang ada kedai basikal pula.

 

2) Berani dan jadi ejen. (Kos RM2000) Kalau bisnes online

Survey produk yang tengah hangat, ambil jadi ejen, ramai owner produk di Malaysiaa, pelbagai kategori dan jenis, tak payah risau. Minima order biasanya 10 unit dah boleh dah. Tak perlu nak ambil sampai 100, 1000 unit terus. Jangan nak acah-acah power lagi.

Sedar diri kita baru belajar. Jadi sikit demi sikit biar nampak hasil satu demi satu.

Belajar branding diri, menjual di facebook profile. Tapi bukan asyik pos iklan sahaja, boring, tonjolkan diri siapa kita, banyakkan unsur-unsur bercerita dan berkongsi dengan siapa kita jumpa, customer mana, dari mana, berikan tips-tips, sharing yang berguna. Like sikit tak mengapa, janji ilmu itu ada.

Tengok posting-posting orang yang berjaya, dia bukan sembang kosong sahaja. Bina posting yang baik dan bina “follower” .

 

3) Facebook Page (Kos RM200-RM300)

Buat fanpage khas untuk produk, pastikan gambar profile cantik dan timeline yang menawan, boleh upah designer , biasa caj dalam RM200-RM300 sahaja.

Pastikan page kita berbeza dan menawan dari orang lain, kalau pandai design lagi best, tapi pastikan design betul-betul cantik, bukan gambar pun pixel pecah dan kabur.

Namakan page pastikan cantik dan terus nampak kesan. Nama tak perlu skema, lebih baik nama yang lebih difahami dan jelas.

Boleh buat kombinasi (nama produk+kesan+Hasil+Masa)

Contoh.
✔Sapu-Sapu terus Jantan.
✔Hilangkan Bulu Hidung dalam 15 Saat.
✔Hapuskan Jerawat dengan AmranFans.

 

 

4) Facebook marketing (RM2000)

Jangan takut untuk belanjakan marketing, bila kita dah belajar cara buat, yang paling penting adalah buat. Tak guna kalau kita belajar tapi tak buat, Peruntukan siap-siap untuk bahagian marketing ini. Kalau ada bajet lebih RM5000 pun tak mengapa, jangan fikirkan untung rugi lagi. Jangan takut!

✿ Buat 1 adset iklan LIKE, bajet RM20 sehari, pastikan berterusan selama sebulan. Pantau dari seminggu sekali. Tengok ubah gubah kalau kurang kualiti.

✿ Buat 1 adset content marketing sebagai branding, bukan sale. Share petua dan tips yang mudah bersesuaian dengan produk, tapi letak CTA no phone untuk hubungi kita.

✿ Buat 2 adset post engagement, boleh bajet RM50 setiap satu atau RM100 satu. Tengok lokasi dan umur yang bersesuaian dengan bakal pengguna atau pembeli produk.

Copywriting, closing pastikan mantap dan mampu menggegarkan hati prospek kita nanti.

 

 

5) Buat dan adaptasi (Free)

Bila semua dah berjalan lancar, pastikan fokus dan konsisten, adaptasi dari pakar-pakar yang banyak kongsikan ilmu, tips dalam Facebook ini, sesuaikan ikut produk dan bisnes anda. Kira CPL, CPS, kaji CPC, CTR dan sebagainya.

Tak faham? Pergi tanya balik dengan sifu mana yang anda belajar. Kalau dia sendiri tak tahu, itu sifu cap ayam.
Rugi? Itu normal, tak perlu kecewa, tapi kita tengok balik, betulkah kita rugi? Kita habiskan duit untuk belajar, belajar ini ilmu yang takkan habis sampai mati, jadi tak rugi, cuma kita perlukan masa dan lebih kudrat tenaga lagi. Tanya orang yang berjaya, bukan usaha sekadar sehari dua, tapi bertahun-tahun.

Jadi rileks, fokus , buat balik, betulkan apa yang tak betul dan buat lagi!

Berniaga itu pasti rugi, untung itu belum pasti. Namun ingat jangan putus asa. InsyaAllah usaha yang dibuat pasti akan ada ganjarannya.

 

INGAT!
Kalau rugi pun baru rugi RM3000-RM4000. Dari kita meroyan seorang diri rugi sampai RM30,000 sebab memandai nak jadi owner produk tanpa ilmu. Kita masih ada baki lagi untuk cuba lagi.

Saya doakan sesiapa yang baca  like dan share posting ini dikurniakan rezeki berpanjangan, usaha sampai mati!
Dan ingat, baru dapat duit sikit jangan sombong pula dengan guru dan yang beri ilmu itu.

Dont give up and always steady.

#tsohomarketing

CEO & founder T’soho Marketing