Nah, saya bagi tips dan strategi bagaimana mereka yang diluar sana boleh jual sehingga beratus parcel sehari, kalau satu parcel RM100, RM100x100 = RM10,000 sehari.

 

Tak percaya? Baca sampai habis.

 

Baca sampai habis, semoga ada manfaat, jangan lupa like dan share, sebarkan serata dunia agar semua tahu dan bercita-cita menjadi jerung ganas juga 😀

 

#tsohomarketing

 

1. WAR TEAM

1-war-teamWar Team ataupun Sale team ini adalah yang bertanggungjawab untuk melayan setiap lead yang masuk, menukarkan prospek menjadi customer. Bukan kerja seorang diri, tapi kerja ramai, contohnya 2 orang staf, sehari lead yang masuk adalah 100 nombor.

 

Dari segi kajian dan pengalaman, seorang staf sale ini biasanya mampu melayan 30-40 orang sahaja sehari maksimum, jika lead yang dapat sehingga 400-500 lead sehari, maka perlukan penambahan dari segi staf.

 

Jika sehari 100 nombor setiap seorang, kita ambil “closing rate” yang rendah iaitu 20%, jadi dari 100 orang wasap, mesti 20 orang yang beli.

 

Jika staf ada 5 orang, 20 org beli setiap hari maka 100 parcel sehari!

 

Tapi saya biasa tetapkan minimum 30% untuk pasukan saya, kalau power boleh buat sampai 70%!

 

2. CLOSING MAUT

2-closing-mautSetiap staf mesti ada closing skill yang tinggi, mesti tahu jawab, mesti tahu layan setiap customer yang tanya, bukan sekadar mengharap pada skrip sahaja, skrip itu sebagai guideline, kerana perbualan yang sebenar adalah bila kita mendengar mereka seperti kitalah sumber maklumat mereka, kitalah “google” bagi mereka.

 

Ditambah pula dengan skill-skill maut untuk pastikan mereka belanja lebih banyak untuk kita.

 

Antaranya? Selepas bankin untuk satu barang, terus cadangkan beli barang lain yang boleh digunakan sekali atau untuk pasangan, contohnya jual produk perempuan, orang afrika panggil cross-sell.

 

Kalau customer beli produk wanita, promote pula produk untuk suami, untuk ayah, untuk datuk yang seangkatan dengannya, tapi ingat, buat selepas customer bankin untuk produk pertama.

 

Lagi satu, orang belanda panggil up-sell, buat promosi untuk produk anda. Beli satu RM80, tapi beli dua RM100 sahaja, biar prospek rasa rugi kalau beli satu. Tapi ingat, jangan tersilap langkah mengira kos-kos yang perlu dikeluarkan.

 

3. POS DULU BAYAR KEMUDIAN

3-pos-dulu-baru-bayarIni banyak digunakan jerung terkemuka, janji lead masuk, mintak nama alamat, terus pos, biasa orang yang yang berminat takkan whatsap, kalau dia whatsap maksudnya nak beli tapi dihalang dengan duit tiada, gaji tak masuk lagi, tanya suami, tanya nenek ipar, tak percaya beli kat internet dan sebagainya.

 

Jadi langkah mudah adalah berikan option, kita poslaju, nanti dapat baru bayar, atau pun sampai gaji baru bayar, kita hanya rekodkan dulu dan follow-up balik mereka bila sampai tarikhnya.

 

Takut tak bayar? Takut rugi? Jangan buat, dari kajian dan pengalaman saya, 100 orang kita pos tanpa dia bayar, ada 2-3 orang yang tak bayar, block whatsap ataupun lambat bayar.

 

Pastikan sedia skrip siap-siap untuk counter balik mereka yang tak bayar, kita boleh call, SMS tanya bila boleh buat bayaran, bagi peluang kedua jika tak sempat bayar. Kalau tak bayar juga? Anggaplah sebagai sedekah, insyaAllah ada rezeki lebih lagi tuhan akan beri.

 

Tapi saya cakap awal-awal, kalau baru nak start, rolling semua, jangan buat, nanti nahas, tak sempat nak pusing, nak bayar gaji lagi, kos iklan lagi, kos produk lagi. Bukan sebarangan orang boleh buat.

 

4. KOS IKLAN BESAR

4-kos-iklan-besarKalau jerung biasanya mereka akan “spend” iklan sahaja RM4000-RM5000 sehari, ada yang RM10,000 sehari pun ada, tapi bukan kerja seorang diri, mesti ada WAR TEAM seperti yang saya ceritakan tadi, jadi tak hairan ada yang sehingga 10-20 orang untuk close sale sahaja, kalau dah iklan setiap seorang dah RM500-RM1000 sehari dah berapa dah sehari belanja.

 

Tiada duit untuk buat? Sebenarnya ini adalah ilusi sahaja, duit iklan belum ada pun tak mengapa sebab kita pakai credit card, jual dulu produk, duit dapat dari customer baru bayar iklan, tapi tersilap langkah, memang boleh cari maut, duit iklan tak boleh bayar, duit customer pun belum dapat, akhirnya tak berjalan, kalau database dah beratus ribu boleh follow-up , yang baru nak bermula seeloknya mulakan sikit-sikit tapi kena berani.

 

Jerung tak jerung pun, kadang-kadang mereka jual banyak-banyk parcel sehari pun belum tentu dapat cover kos hari yang sama tu, contoh belanja rm2000, tapi sale rm1000 sahaja, dah rugi dah, tapi mereka tak fikir semua tu, sebab mereka fikir berapa jualan keseluruhan setiap bulan, mereka tak kira setiap hari.

 

Tambah lagi bila dah spend banyak sejajar dengan copywriting dan iklan power pulak, maka lead masuk banyak, walaupun tak boleh close semua. Lead yang ada inilah yang akan digunakan untuk create custom audience, followup, di berikan tawaran lain pada hari gaji. yang beli sekali akan dibuat beli sampai berkali kali.

 

Jadi bila dah kos per lead besar pun, dengan kos per sale pun tinggi, maka ini takkan jadi hal. Sebabnya dalam jangka masa panjang kos-kos yang kita keluarkan ini sebenarnya akan menurun sebab orang yang sama tetap beli dekat kita.

 

Bagaimana nak buat? Itulah namanya database management.

 

5. DATABASE MANAGEMENT

5-database-managmentBiasanya jerung ada simpanan khas untuk database mereka, bukan sekadar dalam whatsap, simpan dalam sistem khas, paling koman dalam excel, siap no phone nama, alamat. Bezakan yang dah beli dan yang belum beli, yang dah beli sekali dan yang beli dua kali.

 

Yang belum beli, followup dengan offer yang menarik biar beli, yang dah beli, followup dengan harga diskaun lagi, hadiah jika beli lagi, yang dah beli banyak kali, follow-up pula offer bagi jadi ejen dan sebagainya.

 

Barulah parcel makin menimbun, jualan makin banyak, kos-kos yang kita nampak rugi pada awal-awal itu makin nampak untungnya.

 

Ok sekian sahaja bebelan saya, semoga sedikit sebanyak akan memberi idea kepada anda bagaimana sebenarnya nak buat 100 parcel sehari, saya bercakap dari pengalaman sahaja, kalau ada salah silap maafkan saya.

 

Adat resam berniaga, ada untung dan rugi, jangan nampak manisnya sahaja, tapi ingat betapa pahitnya nak bermula.

CEO & founder T’soho Marketing