Teknik ini dah lama, tapi nampak gaya makin menular.

Teknik scam paling evergreen di abad ke 21 ini.

 

1. Abu bukan nama sebenar akan berlakon konon-konon nak membeli produk anda di Facebook. Contohnya Kapsul Hilangkan Boroi dalam 10 Saat yang sudah dibaca dengan pantun memikat suami isteri yang berharga RM300 untuk 3 botol.

Abu pun WhatsApp lah seller dan mintaklah segala butiran lengkap untuk bank in duit seperti no akaun dan akan siap mintak IC sekali sebagai tanda takut dia ditipu kita kononnya.

Disebabkan kita penjual yang jujur dan ikhlas menuju kejayaan, kita pun kasilah semua yang dipinta tu siap letak filter full hd gambar IC dan berikan pada dia.

 

2. Dalam masa yang sama scammer ni akan iklankan produk yang mahal biar berbaloi dengan kerja dia yang licik ni.

Contohnya Aiphone 9, Samseng Note 12 yang biasanya harga RM5000 tapi dia bagi promosi dekat grup atau di lowyat.net di mudah.my ke dengan harga separuh harga atau lagi murah dari tu dengan alasan telefon kastam, telefon recond, telefon underwater, undertaker dan sewaktu dengannya.

Memang berduyun-duyunlah mereka yang terpikat tergoda dengan harga murah gila kan.

 

3. Bila dah ada potential buyer dia pun akan bagi segala butiran diri penjual Kapsul Boroi tadi tu dengan gambar IC yang kita berikan kepadanya tadi.

Dalam hati bakal pembeli handphone yang bakal tertipu yang ragu ragu tadi terus percaya, bila tengok gambar IC kita yang handsome, silap-silap ajak makan bersama.

So next step yang nak beli phone tu pun bank in lah duit RM3000 tadi ke akaun kita yang innocent.

Scammer ni pulak akan go on dengan step seterusnya iaitu hubungi kita mengatakan dia tersilap transfer tadi.

Macam-macam lah alasan boleh kasi, ayah dia tersilap transfer, nenek tersilap beri ke, adik tertekan lebih nombor, nak bankin RM300 jadi RM3000.

“Boleh tak pulangkan balik baki RM2700 sebab nak beli 3 botol je”.

Takpelah burn RM300 pun janji RM2700 dah masuk kocek.

Kemudian kita yang baik dan berdaya saing ni, transfer balik duit tu pada akaun scammer tu tanpa syak wasangka.

Apa yang berlaku kemudian?

Buyer handphone tadi akan mengamuk, sebab barang tak sampai walau seminggu tunggu, atau pun yang sampai kapsul boroi tu je kat dia,

Kawan ni yang ternanti-nanti nak layan selfie kat phone baru tiba-tiba kena hilangkan boroi pulak walau dah kurus.

Yang terkena dan silap silap diviralkan adalah diri kita, bukannya si penipu tu. Dia dah hilang kemana. No phone tak boleh contact dah.

Jadi kawan-kawan sila hati-hati.

  1. Jangan sukahati berikan Kad Pengenalan kita kepada orang yang tak dikenali.
  2. Jangan senang-senang percaya yang cakap tersilap bankin ni. Tambahan angka yang meragukan.
  3. Pastikan siasat dan kumpul maklumat betul dulu sebelum refund balik. Boleh google dulu no akaun yang kita syak scammer tu.

Biasanya yang menipu ni memang rajin bagi IC, konon-konon dia jujur, walaupun IC orang atau IC edit, kita yang tak biasa terus terkejut dengan kejujuran dia dan percaya.

Nak lagi selamat dari unsur-unsur kekejaman macam ni, bagi kami ajar bagaimana SOP menjual online yang mantap.

Selamat berjual beli dengan jujur semua 😀

#tsohomarketing

CEO & founder T’soho Marketing