Ada student personal coaching saya tanya soalan ini dekat whatsap, saya nak share dekat sini supaya kawan-kawan lain pun boleh baca juga.

“salam sifu.. rasanya sifu pasti bole tolong saya. Ceritanya macam ini.

 

saya ada dua staff. Seorang admin dan seorang sales maketing.

 

Buat masa ini dia tak mahir lag, jadi saya yang print consignment, jawap wasap dan pm serta edit picture, sales maketing saya hanya packing selepas saya print consignment note.

 

saya janji kan dengan dia gaji RM1,200 dan komisen setiap helai tudung RM1.

 

Masalah sekarang, bila saya perhati, saya rasa dia tak boleh nak buat semua, maksudnya dia nak print, dia nak packing, dia nak balas wasap. dalam masa yang sama semua itu dia tak boleh buat. Jadi kelam kabut sebab itu saya masih print consignment note tu, tapi smpai bila saya nak tolong? Saya juga ada kerja lain nak handle.

 

Adakah biar kan dia share kerja itu dengan admin? Macam mana dengan komisen mereka? Saya perlu bayar kedua-dua orang itu komisen ke?”

 

JAWAPAN

 

3 PERKARA PENTING BILA MEMBINA PASUKAN

 

1) TRAINING

Perkara wajib dibuat bila mula mengembangkan syarikat ialah memberikan latihan secukupnya kepada staf kita. Berikan taklimat dan tunjuk ajar jelas langkah demi langkah bagaimana untuk selesaikan kerja mereka.

Ditambah dengan SOP bertulis yang lengkap agar mereka faham dengan apa yang mereka akan buat, kemudian tempatkan mereka dengan kawan-kawan yang satu jawatan atau bahagian dengannya.

Amalkan sistem ON THE JOB TRAINING. Waktu ini staf baru itu mula buat kerja-kerja yang berkaitan dengan melihat kawan-kawan lain melakukan kerja mereka.

 

2) SOP

Standard Operating Procedure sebenarnya adalah senang, tapi kita tak pernah ambil berat dan anggap SOP itu terlalu remeh dan menyusahkan. Walhal SOP adalah langkah demi langkah bagaimana harus kita lakukan kerja secara bertulis dan bergambar.

Sekarang ambil nota, tulis apa yang mereka perlu buat setiap hari, luahkan dalam kertas dan persembahkan kepada mereka. Bukannya semua gerak kerja dalam otak kita sahaja.

Apa SOP staf sales #tsoho?

Saya share. Tapi saya tak panggil staf sales, saya panggilkan mereka team perang saya. Setiap team ada nama masing-masing.

Sekarang saya ada 3 team

  1. Team Mental.
  2. Team Arrogance.
  3. Team Tahap Dewa.

 

Saya akan pastikan setiap team ada nama masing-masing, setiap team dianggotai oleh 3-4 anak muda yang gigih dan mahu berjaya dalam hidup mereka.

Setiap hari tugas mereka adalah:

  1. Update page.
  2. Jaga fanpage.
  3. Layan prospek/Pelanggan.
  4. Packing Order.
  5. Submit Order.

 

Tugas print slip boleh berikan kepada admin atau bahagian operasi, staf sales juga boleh print sendiri jika ada printer di setiap PC.
Jangan campur adukkan kerja sales dengan kerja pengurusan, tahu buat itu boleh, tapi jangan kacau waktu yg sepatutnya.

 

3) WAKTU PERCUBAAN

Saya letakkan peraturan 3 bulan sebagai percubaan, bukan seminggu, bukan sebulan. Jadi apa yang kita nampak dalam seminggu tak wajar dijadikan sebagai alasan untuk katakan staf kita tak boleh buat kerja yang sepatutnya.

Melainkan dalam seminggu dah macam-macam perangai tak elok yang dia bawa, saya akan terminate terus tanpa banyak soal. Jika jualan bulan pertama kurang, saya akan berikan lagi sampai 3 bulan. Kalau tiada peningkatan dan saban hari merugikan syarikat, saya akan tukar cari lain.

Ingat sayarikat kita bukannya pusat kebajikan, jadi tiada alasan dan sebab untuk kita biarkan mereka bermaharajalela dengan alasan kesian, dia ibu tunggal, kesian dia anak yatim, kesian dia ada SPM dan macam-macam lagi.

Mereka tak kesian pun dekat kita sebab dah diterima berkerja tapi buat perangai, malas dan langsung tak mahu mencuba.

Mengenai gaji, nak bagi RM8000 sebulan pun boleh, janji kita pemilik bisnes faham dengan:

  1. Kos perjualan setiap staf.
  2. Berapa KPI yang perlu staf jual.
  3. Berapa ROI yang perlu staf dapatkan.

 

Tak faham yang ini, bagi gaji RM500 sebulan pun rugi.

Akhir kata, kita pemilik bisnes bukan kerja untuk tolong mereka print consignment, pemilik bisnes kena berani kembangkan sayarikat, susun atur sayarikat dan bina sayarikat-sayarikat lain.

Tak pandai buat? Cari orang pandai.

Terima kasih.

#tsohomarketing

CEO & founder T’soho Marketing