Ini jalan, kiraan, susunan dan gerak langkah yang #ponder kena faham.

Baca satu per satu untuk baca lebih faham dan jangan lupa komen, share dan tanya kalau ada apa-apa soalan.

Baca, hadam dan faham.

Ok bye.

 

 

 

3 Juta Sebulan Sales dengan #teamperang, Boleh?

Andai kata kita ambil produk harga rm100 seunit.

rm100 x 30,000 unit = rm3 juta sebulan.

Mari saya nak ceritakan logik atau tak, boleh atau tak. Ini adalah berdasarkan pengalaman dan kiraan saya menjual dalam industri ini sepanjang kewujudan facebook.

Baca jadikan pedoman dan iktibar dan ilmu. Mana tahu boleh mix and match dengan produk anda. Tapi jangan ambil dan claim lepastu buat kelas ajar orang pulak ok?

 

1) Kos Paling Utama

Kos apakah yang perlu diambil kira?

yang paling penting dan terutama paling agung sekali adalah.

Bayaran gaji dan komisen pekerja. Yes, nak buat sale sejuta tapi kedekut nak mati tambah ahli pasukan, walaupun anda meninggal dan hidup balik dan meninggal lagi sekali pun takkan dapat 1 juta tu.

Melainkan kita menipu orang.

Ok, kita sambung.

Produk KITA dijual dengan harga lebih kurang rm100 satu unit.

Dengan order sehingga 30,000 unit saya andaikan modal produk ialah rm20. Kenapa rm20? Sebab lagi banyak nak dapatkan kos murah, main MOQ banyak. Dan seni untuk letak harga jualan untuk produk terutamanya gandakan 5 denngan kos produk.

Modal produk rm20
Kos poslaju rm7
Komisen sale rm5
Total rm32
RM32 X 30,000 unit = RM960,000

 

2) Berapakah Team Perang Diperlukan?

Kalau nak menjual retail ni, nak main sales ratus ribu juta, kita kena berani mencipta dan membina team perang, jadi ini sangat penting! Tak pandai buat? Cari saya, saya tunjuk seni paling power!

Biasanya seorang team perang boleh buat jualan sehingga rm30,000 seorang jika dibimbing dan dididik dengan betul. Jika beliau rajin tahap dewa rm40,000-rm50,000 sebulan pun boleh buat dengan dijana marketing tanpa batasan.

RM100 seunit harga jualan X 30,000 unit = RM3 JUTA jualan sebulan.
RM3,000,000 dibahagi dengan RM30,000 = 100 Orang.
Yes, 100 orang staf diperlukan.

Omak aihh.

 

 

3) Kos Marketing, Bakar Sampai Mati

Sekarang kita bercakap dalam segi #fbads, jadi saya tak cerita benda lain, dan saya tahu ramai follower saya banyak guna fb ads untuk tingkatkan jualan kan?

Dari segi pengalaman saya, produk berharga rm100 kebawah senang jual di fb. Kos persale sangat rendah. Apakah kos persale atau CPS ini? Ia adalah berapa kos pemasaran yang kita belanjakan untuk dapatkan jualan 1 unit.

Saya andaikan lebih kurang rm15.
Kos perjualan seunit itu adalah kos fbads.
Dah dicampur dah dengan kos perkomen+kos perlead.
30,000unit x rm15 = rm450,000 modal fbads.

Boleh?

 

4) Gaji Pulak?

Saya andaikan rm1000 basic diberikan untuk setiap staf sale dan komisen rm5 seunit seperti yang saya letakkan diatas.

100 orang TEAM PERANG x rm1000 = rm100,000.

Untuk pengurusan yang teratur bila order banyak dan pengiraan gaji, komisen dan akaun bank yang hampir meletup banyak sangat duit masuk. Kita perlukan staf untuk kawal keadaan ni.

  • Staf human resource
  • Staf operation
  • Staf account
  • Staf admin


Dalam 15 orang.

Setiap staf diberi gaji rm1500 seorang.
15 x rm1500 = rm22,500

Ini antara kos-kos yang penting, tak termasuk kos sewa ofis, bangunan, bil elektrik, air, komputer.

Yes pastikan gunakan komputer, walaupun bisnes boleh whatsap, sebab untuk pastikan jualan berganda dan padu, kena menaip pakai whatsap web. Boleh improve jualan sekurang-kurangnya 30% dari pakai phone semata.

 

5) Jadi Berapa Untung Bersih Ni?

RM3,000,000 – rm960,000 – rm450,000 – rm100,000 -rm22,500

RM1467,500 bersih.

Kos lain lain?
Kos poslaju dah tolak awal-awal tadi kat atas. Komisen pun dah tolak siap-siap.
Kos sewa ofis.
Kos bil elektrik.
Kos bil air.
Kos unifi, internet ofis.
Kos data plan dan prepaid staf sales.
dan lain-lain.

 

Andai kata kos semua ini rm50,000.

RM1,467,500 – RM50,000 = RM1,417,500

Jadi bersih lebih kurang 1.5 JUTA sebulan wow kayanya. Mantap hebat sedap.

Boleh beli ferrari, motobot,jet ski, kereta kebal. Kan?

Jangan lupa fikir duit cukai, epf, socso, gst untuk kerajaan tersayang 1MBD juga.

 

6) Logik atau Tidak?

Logik ke tak habiskan 30,000 unit sebulan? Logik dan boleh buat. Logik tak dapat 3 juta sebulan? Boleh sangat buat.

Tapi ini adalah diatas kertas sahaja. Hanya kira-kira dari saya.

Jualan individu kat atas tu kiranya staf sale dah kuat, Yang sudah dididik , diajar, di beri semangat paling tinggi tunggu buat jualan.

Dalam 100 orang staf ini akan ada yang laju, kuat, biasa dan lemah. Mungkin ada yang buat sale rm20,000 sahaja sebulan,ada yang rm15,000 silap2 kurang dari tu, sebab tu lah kena sentiasa ramaikan team, baru ada ramai yang lagi kuat dan laju, majoriti barulah boleh menang dan rasa keseronakan sale yang tinggi.

Bila ramai mereka akan lebih semangat dan sifat bersaing tinggi.

Nak dapat 100 orang yang kuat, kita dah kena interview berapa ratus orang dulu.

20 interview, 10 diterima, 2-3 orang sahaja yang tinggal dan kuat.

Nak 100 orang kuat ? Kena buat lagi dan lagi. Rekruit sepanjang masa, sepanjang bulan.

 

7) Mindset Kena Gila

Nak mengurus manusia yang ramai lagi, perlukan motivasi, perlukan prestasi kita sendiri sebagai owner bisnes kena kuat. Kena semangat, ini baru seorang staf buat problem, lari, berhenti, kita dah give up. Hilang semangat nak buat. Meroyan dekat fb pula, kata anak melayu sekarang malas dan sebagainya.

Rasa rugi sebab penat ajar diorg, diorg lari pula. Rilekss lah

Kalau itu kita fikirkan, jangan buat. Anda belum layak. Diorg nak pergi sila pergi. Tak payah pujuk, sedih, pilu. Kita buat kerja kita. Ramai lagi yang nak. Yang tak nampak peluang, biarkan.

Kita owner bisnes fokus kepada sasaran kita. Rasa tak boleh juga? Hire yang boleh ajar dan tunjukkan erti kejayaan kepada team anda.

 

 

 

8) Serius Ke Ni FBAds Boleh? Gila Lah

Eh, Maksudnya spend fbads RM450,000 boleh buat sale sehingga RM3 juta?
wow. 6 kali ganda. Betul ke? Skem?

Boleh, tiada masalah. Kalau iklan jadi, tiada masalah. Closing,database yang dapat digunakan secukup rasa, semaksima mungkin.

Untuk bulan pertama mungkin tak seperti dibayangkan.

Ratio 1:3 kalau lagi teruk 1:2 sahaja. Maksudnya spend rm10,000 ads boleh dapat rm20,000 sahaja. Kalau macamni, duit boleh cover kos sahaja. Tiada untung. Silap2 rugi sikit, tapi kena kental, jangan cepat kalah. Sekurang-kurangnya dah dapat duit kos balik kan?

Repeat balik lah bulan kedua dan seterusnya.

Bila dah berbulan buat, database makin banyak, bezakan yang dah beli dan belum. yang belum beli kita followup sampai dia beli, tak kiralah berapa kali pun, tapi janganlah kerap sangat, ada gap dan timeframe. Gaya followup juga pelbagaikan.

Saya siap guna pantun lagi, cerita, bagi tips, bagi puncline kelakar walau hambar. Its ok, terus mencuba dan kreatif menyentuh hati mereka.

Yang dah beli simpan database, no phone boleh buat lookalike,boleh buat LTV lagi, macam-macam fungsi facebook buat sekarang untuk pastikan iklan kita lebih berkesan dan efektif.

Setahun sekali, anniversary syarikat ke, bagilah semua kad raya, voucher diskaun fizikal kepada customer yang beli sebelum ni, nama alamat ada kan. Mesti customer pun terharu, rupanya kita ingat lagi, dapat voucher diskaun pula, database beratus ribu sekali hantar. Ambil 10% pun dah dapat berapa customer?

Mungkin waktu customer beli pertama kali tak untung, tapi belian kedua, ketiga dan seterusnya baru kita untung.

Kalau main ejen stokis? Satu data pun tiada, sebab semua dengan ejen stokis kita. Lepas ejen stokis lari, jual produk lain, habis bisnes jatuh. Kita jem buat produk lain pula. Repeat benda yang sama. Boleh nampak?

 

Lagi satu

Kena fikir juga masalah teknikal, nak pakai kad bank apa. Nak buat berapa banyak akaun, siapa yg akan jaga iklan, berapa adset, split test kena buat, copywriting dan gambar kena buat bagi cantik dan respon banyak. Sebab tu, kalau nak kami buat, boleh tapi kena ikut SOP dan faham apa tugas kami. Kadang-kadang client ingat, bagi duit terus dapat result. Hakikatnya yg pecah otak dan penat adalah otak marketing.

Boleh faham? Tiada yg mustahil untuk capai sasaran yg kita nak, janji kita buat dengan tepat.

Ini spend ads rm10 dah fikir nak beli audi. Baru rugi rm50 dah macam orang nak mati.
Kalau takut sangat duit habis sebab marketing, target sikit dulu. Baca data bagi faham.

Data sebulan
Data 3 bulan
Data 6 bulan

Faham dan hadam barulah kita boleh rancang strategi seterusnya.

Bila nak tingkatkan jualan, tingkatkan bilangan pasukan. Baru logik. Kalau sistem ejen stokis pun kena ramai ejen stokis juga nak maintain sale ratus ribu kan? Sebab yg aktif berapa kerat sahaja.
Macamtu jugaklah team perang. Kena sentiasa gilap dan gilap, berikan rewards bila capai sasaran yg ditetapkan. Penat memang penat, tapi seronok.

Saya rasa dah habis cerita, rasa tak logik? Tak betul? Jangan buat.
Kalau bermanfaat, sila komen dan share posting ini. Saya tahu anda ada impian, sebab berimpian tinggi tak salah dan tak susah tapi biar sepadan dengan usaha kita keluarkan.
Sekarang persoalan yg saya nak tanya sekarang.
Berani atau tidak ?

Selamat mencuba 😀

NAK BELAJAR SENI BINA TEAM PERANG GAYA TSOHO ? #ROTA100K bulan JANUARI 2018 INI. jangan terlepas.

Lebih padu, padat, mampat dan belajar sampai muntah. Tak muntah jangan balik. Tengok website segera.

Saya bagi free EBOOK bernilai rm999 lagi.

www.tsohomarketing.com/rota

CEO & founder T’soho Marketing