Untuk dapatkan 100 PARCEL sehari jualan secara retail, kita perlukan lebih kurang 5 orang.

Dengan andaian seorang staf online boleh close 20 parcel sehari.

Jadi bagaimana untuk dapatkan 1000 parcel sehari?

1000 parcel / 20 parcel = 50 orang.
50 orang manpower diperlukan, ini adalah andaian.

Ini tidak termasuk kos fbads yang perlu dikeluarkan untuk memastikan iklan yang kita jalankan itu berkesan dan berjaya mendapatkan leads yang mantap.

Jika kita perlu belanjakan RM20,000 untuk dapatkan kan 1000 parcel jualan sebulan. Maka kita nak sehari, jadi kena gandakan

RM20,000 x 30 hari. = RM600,000 diperlukan sebulan untuk kos pengiklanan sahaja.

Jika satu produk berharga RM120.

✔RM120x 30,000 parcel sebulan = RM3.6 juta sale.
✔Ambil pula 5% sebagai komisen untuk staf online. = RM180,000
✔Gaji RM1000 setiap seorang. 50 orang x rm1000 = RM50,000
✔Kos poslaju RM6.50 x 30,000 = RM195,000
✔Kos produk RM30 X30,000 unit = RM900,000
✔JADI rm3,6 juta – rm1.325 juta = RM2,275 JUTA.

RM2,275 JUTA – RM600,000 kos iklan = RM 1.675 juta.

Ini tidak termasuk lagi kos-kos operasi, kos staf packing, kos audit, kos staf admin, kos marketing servis dan consultant, kos printer, kos api , air , internet dan lain lain.

Jika seorang staf online sekadar boleh close 10 parcel sehari bagaimana? Jika ada yang lemah sekadar 5 parcel sehari pula bagaimana?

Namun ada juga seorang staf boleh close sehingga 30-40 parcel dia seorang, maka boleh backup staf yang lemah.

Namun ini sekadar angka, mungkin harini target kita berjaya, namun esok kurang pula. Jadi kos-kos akan sentiasa meningkat dan menurun.

Jadi bagaimana cara selamat? Cari ramai orang, biar mereka buat dan saksikan prestasinya. Bila ramai kita akan saling melengkapi, jangan takut untuk tambah walau kita rasa tengah rugi.

Apa yang penting kita kena faham, dimana asasnya untuk kita bermula. Dimana realistiknya sasaran kita.

Jangan modal sekadar RM1000, kita nak jual sehinga berpuluh ribu.

Jual rumah boleh kalau macam tu.

Ini game retail online, bukan ejen, bukan borong, bukan acah-acah packing banyak-banyak, lepastu ambil gambar dibilangnya order terlalu banyak.

Faham ke faham?
#tsohomarketing

CEO & founder T’soho Marketing